Badan Letih & Lesu - Kenapa Mengantuk Walaupun Cukup Tidur?

Pernah tak you rasa macam ni?


  • Tidur malam dah cukup,
  • Tidur siap sleep like a baby pulak tu takde terjaga-jaga, takde mimpi-mimpi
  • Makan pun jaga, takde pun makan sampai tak boleh nafas sebelum tidur – sebab kenyang sangat
  • Before tidur, siap minum segelas susu – macam yang kita Google


Tapi masih penat, lesu, lemah dan mengantuk bila siang hari.

Kenapa?

Usah gentar dan risau, sebab majoriti masalah ni boleh diselesaikan dengan mudah.

Sebab majoriti dari sebab terjadinya begini ialah kerana gaya hidup (lifestyle) kita.


1. Makan banyak ‘refined carbs’ – karbohidrat yang dah diproses/dibersihkan/ditapis

Karbo, in general - memang sumber tenaga (contoh: nasi putih, roti putih)

Tapi bila kita makan refined carbs - contohnya makan nasi putih - nasi putih ni banyak kandungan kanji dan gula - bila makan banyak - banyak glukosa akan masuk dalam darah - pankreas akan release insulin yang banyak untuk berperang dengan glukosa ni.

Jadi, proses gula meningkat dan menurun secara drastik ni - buat kita rasa penat.

Lepas tu, bila kita penat and perlukan tenaga - kita makan lagi nasi putih banyak-banyak.
And the cycle goes on and on...


2. Gaya hidup yang memang tak aktif langsung 

 Ini dah tak pelik dah di kalangan masyarakat kita sekarang – golongan yang masih pentingkan senaman dan gaya hidup aktif – ibarat boleh dikira dengan jari je.

Ada kajian yang menunjukkan – bila kita bersenam, badan kita akan bertenaga lebih lama – dan tak cepat penat.

Kerana – stamina dan endurance (ketahanan) badan kita akan meningkat. Kalau tak, kena tiup angin pun dah penat!


3. Tidur yang tak berkualiti

Kadang kita memang tidur rasanya dah cukup 8 jam - tapi tidur nya tu tak berkualiti.

Bila kita tidur - badan kita masih bekerja - simpan memori, release hormones, regulate metabolisma dan tenaga. Jadi kita kena pastikan waktu tidur kita ini tidak diganggu - jangan ada gangguan bunyi (handphone, TV), cahaya (tutup lampu siap-siap), dan lain-lain. 

Kita juga kena make sure kita tidur pada waktu yang sama setiap hari - boleh galakkan badan kita untuk fall into deep sleep dengan lebih senang. 

4. Kurang minum air
Ada satu eksperimen yang dijalan kepada beberapa orang lelaki yang lari di atas treadmill - lepas tu setengah dari mereka diberi air untuk re-hydrate, dan lagi separuh tak diberi minum. And from ekperimen tu, yang TAK diberi minum air akan lebih cepat penat dan lesu. 

Maknanya, air ni penting - and memang kita digalakkan minum 2.5liter sehari. Air kosong ya.. Bukan air sirap ais!


Cuba audit balik cara tidur kita.
Pastikan kita cuba at least penuhi 4 points di atas; 
  • Kurangkan makan refined carbo, atau sekurang-kurangnya elak makan untuk makan malam - beberapa jam sebelum waktu tidur
  • Bersenam, bersenam, bersenam - kalau you dah biasa baca penulisan blog I - u mesti tahu betapa I sarankan untuk kita semua bersenam!
  • Pastikan kita dapat tidur yang berkualiti - no gadgets! 
  • Minum air yang cukup sepanjang hari 
  • Boleh makan supplements Shaklee untuk menambah tenaga untuk menempuhi hari-hari anda!




No comments:

Post a Comment