Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts
Showing posts with label Tips Sihat. Show all posts

Kenapa Kena Kurangkan Makan Beras Putih

Kita semua tahu yang kalau kita nak diet or pilihan beras yang lebih elok is brown rice instead of white rice. 

Tapi kenapa?

#ProjekSihatSara2017 : First Time Hiking Seumur Hidup!

Salah satu aktiviti yang Sara tak pernah buat langsung seumur hidup and dah buat untuk menjayakan #ProjekSihatSara2017 ni ialah pergi HIKING! Haha, tak pernah terfikir mampu hiking. Bila orang dah berpuluh kali mendaki Broga Hill, Sara sekali pun tak pernah teringin nak pergi! Memikirkan penat dan peluhnya tu, memang macam takkan pergi sampai bila².

Hinggalah satu hari ni, coach saya cakap hiking mampu membakar lebih dari 1000 kalori! Perfect lah tu untuk Sara yang tengah berperang dengan lelemaks dalam badan ni. Jadi, dua minggu lepas Sara telah pergi mendaki Kiara Hills bersama kawan². Mula-mula memang rasa nervous nak pergi, apatah lagi dengan stamina yang tak berapa nak ada ni. Tapi, pergi lah jugak. Nak kurus kan?


Nampak tak kegigihan seorang pendaki tu?
Kami mula mendaki pada jam 8.00 pagi. Baru beberapa minit berlalu, peluh dah berjujuran! Memang penat, tapi Alhamdulillah kawan² Sara sangat supportive dan tak tinggalkan Sara di belakang. Bila terasa penat, kami akan berhenti seketika untuk berehat.

Sedar² dah dua jam kami hiking di dalam Kiara Hills tu, dan dah hampir selesai! Penat memang penat, tapi sangatlah memuaskan. Balik tu memang terus terdampar macam dugong, sebab rasa penat sangat. Tapi, rasa nak pergi lagi! Dua hari selepas kali pertama tu, Sara pergi lagi dengan kawan² ke Kiara Hills untuk hiking and mandi peluh lagi. 

Kalau anda tak pernah hiking and nak pergi hiking, ini apa yang Sara belajar:
  1. Kena pilih kasut yang sesuai. Masa first time pergi tu, Sara tak sempat nak cari kasut sebab kawan² dah pesan kena pakai kasut hiking. Jadi Sara pakai aje kasut sukan yang Sara pakai untuk bersenam. Akibatnya, asyik nak tergelincir sebab tapak kasut sukan tak sesuai untuk kawasan tanah berlecak macam dalam rimba tu. Lepas tu, Sara terus pergi ke Decathlon dan beli kasut hiking yang paling murah iaitu RM59.00 sahaja! 
  2. Bawa sedikit kudapan semasa hiking. Sara tak tahu pun yang orang pergi hiking ni boleh lah bawak bag kecil nak isi barang-barang. Paling simple, bawalah roti. Sandwich ke roti buku ke roti krim ke, sebab logik je untuk kita rasa hypo and rasa nak pitam masa hiking. Sebab heart rate kita turun naik sepanjang hiking tu. Dan memang bila dah jalan untuk beberapa ketika, rasa perut dah krukk krukk minta disuap. 
  3. Bawa tuala kecil untuk lap peluh. Jika anda seperti Sara, tak suka perasaan peluh menitik² kat muka, boleh lah bawa tuala kecil dan sangkut di leher. Senang nak kesat peluh. 
  4. Jangan fikir sangat tentang kepayahan waktu itu, have fun! Memang dalam kepala masa tu, terfikir bila lah nak habis ni. Dan segala makanan dah terbayang-bayang. Tapi, just enjoy the journey saja!



Air soya yang femes di Kiara Park, Soya Jenny Hong!

P/S: Nak kena ambil supplement ni untuk tambah tenaga!

Kenapa ESP Selalu SOLD OUT?

Sara sendiri mula terpengaruh nak tahu pasal Shaklee ni sejak adik Sara sendiri consume ESP and turun 7 kilo! Bila google² baru tahu ESP ni memang antara produk best-seller Shaklee lah.



Basically, ESP (Energizing Soy Protein) adalah meal replacer yang diperbuat dari Protein Soya bukan-GMO (Genetically Modified Organism), means tidak merubah kandungan genetik organismanya. ESP as a meal replacer pulak means that kandungan nutrien dalam 3 scoop ESP dah mencukupi untuk satu meal. Selain untuk membekalkan tenaga, ESP yang diperbuat dari protein ni sangat baik untuk membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak. Sebab tu protein sangat penting untuk badan kita. And sebab dia soy-based, ESP ni lactose-free jadi warga lactose intolerant pun boleh consume.


Saya ada share kesan kalau kita TAK consume enough protein in my previous post, ce tengok sikit.



And oleh kerana bahan² dalam bebas dari perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet, ESP SANGAT SESUAI di-consume oleh seisi keluarga.




1. Pelajar dan pekerja atau individu dewasa 
As energy booster (kalau minum pagi2 tu, terasa energetic dan tak rasa lapar sangat. So bonus for weight management. 

2. Lelaki 

Protect from any disease (heart, cancer, etc.)

3. Ibu-ibu Mengandung

For healthier pregnancy - well grown featus dan membantu mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil

4. Ibu yang Menyusukan Anak

Membantu menggalakkan dan mengekalkan susu. Dan yang bestnya, pengambilan ESP konsisten sepanjang penyusuan susu ibu dapat membantu perkembangan fizikal bayi secara sihat.

5. Wanita, in general 

Keanjalan kulit, awet muda gitchew! (Protein penting kepada mereka yang ingin ploles dan skin tone yang rata!)

6. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.

And oleh kerana dia best-seller yang best of the best, ESP selalu SOLD OUT di seluruh Malaysia!

Sara Amelia
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com
IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara

Banyakkan minum air masak kalau nak sihat, kurus dan gebus Berserta Tips!

Tips Kurus dan Sihat : Minum 8 gelas air masak sehari



Nak kurus, nak sihat, nak kulit gebus mulus ni kena lah consume air masak sekurang²nya 8 gelas sehari, bersamaan dengan 2 liter. Bunyi macam sikit ke banyak? Sara memang jenis liat minum air masak, sebab tekak ni suka yang manis je! Tapi demi #projeksihatsara2017 ku telan kan aje air itu.

Macam mana air masak ni membantu kita untuk lose weight/sihat/cantik?

Air kosong ni takde kalori, zero. Kan kalau kita nak kurangkan berat badan, kita kena kurangkan calorie intake harian kita. Jadi, antara cara paling mudah is stop drinking your calories. Lupakan Coca Cola, Pepsi, Chocolate Milk Shake, Chatime (menangis!) dan juga air sirap limau ais.

Bila kita minum segelas dua air masak before makan, nafsu nak melahap kita tu akan dapat dijinakkan. Lagi² jenis yang 24 jam asyik fikir pasal makanan (macam  Sara lah). So, kalau biasanya lunch dalam pukul 1pm, pukul 12.30 tu minum segelas air dulu. Gitchew. Simple jew.

Ada kajian ke atas sekumpulan wanita yang overweight (macam Sara lagi) menyatakan bahawa dengan minum extra 1 liter sehari selama 12 bulan, purata berat mereka turun sebanyak 2 kilogram. Tu takde senam zumba jogging bagai tu!

And of course lah bila kita minum banyak air jernih and tak ambil air² yang bergula dan lemak berkrim, toksin dalam badan kita juga akan berkurangan resulting to kulit yang lebih gebus mulus. Sebab tu lah penting untuk keep yourself hydrated! Dan sebab toksin dalam badan kita dah rendah, jerawat² batu pun dah tak nak berkampung kat kulit muka kita.

Tips minum air untuk mereka yang tak suka minum air: 

1. Tambahkan perisa semulajadi ke dalam air masak
Pernah dengar Infused Water atau Detox Water? Ia adalah air masak/kosong yang campurkan dengan buah-buahan untuk menambah perisa kepada air masak tu. Takde lah rasanya payau bebenau kan? Paling simple kita boleh letak lemon dalam air. Simpan dalam peti bagi sejuk then minum, memang sedap dan sangat menyegarkan! Buah-buahan lain yang kita boleh letak ialah buah oren, limau nipis, strawberry, timun, daun pudina, buah epal dan macam² lagi. Tengok gambar di bawah ini untuk idea nak buat infused water. 


2. Minum segelas air selepas ke tandas
Badan kita memerlukan banyak air dan air ini akan keluar dari badan kita dalam bentuk urine dan peluh. Jadi setiap kali kita ke tandas nak membuang, air akan keluar dari badan kita. Jadi, kita kena ingat untuk minumlah segelas air setiap kali keluar dari tandas. Kiranya, kita hydrate kan badan kita semula! Mudah je. Selain seusai ke tandas, jadikan habit untuk kita minum segelas/secawan bila nampak air! Maknanya, simpanlah air botol di mana-mana anda berada. Nampak aje terus minum! 

3. Track kuantiti air kita minum setiap hari 
Lagi satu cara mudah nak track kuantiti yang kita minum tiap hari, nak senang boleh la cuba pakai aplikasi smart phone! Ada banyak app yang direka khas untuk kita track apa kita makan dan minum, siap boleh track calorie intake dan calorie burn lagi tu. App macam ini sesuai lah untuk yang berazam nak kurangkan lelemaks kerana kita boleh tahu pemakanan dan senaman harian kita cukup atau berlebihan. Anda boleh download App FitnesspalDaily Water Free or Carbodroid


4. Cuba Sparkling Mineral Water 
Ini pengalaman Sara sendiri. Sara masa mula-mula nak belajar minum air kosong ni, Sara minum Sparkling Mineral Water. Ia adalah air mineral tapi ada gas macam air Coca Cola. Rasa dia mula-mula pahit sikit sebab tak biasa. Lama-lama memang suka! Kat Malaysia, Spritzer ada jual. And ada satu mesin Soda Express ni yang boleh add in soda tu ke dalam air minuman biasa kita. Tapi, sekarang Sara minum fully air masak biasa saja. 

5. Eat your H2O! 
Macam mana nak makan air? Banyakkan makan makanan yang banyak air! Contoh terbaik adalah buah-buahan dan sayur-sayuran; buah tembikai (92% air), timun (96% air) dan grapefruit (91% air). Haaa apa lagi alasan kita taknak minum air?


SARA 
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com

IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara