#ProjekSihatSara2017 : First Time Hiking Seumur Hidup!

Salah satu aktiviti yang Sara tak pernah buat langsung seumur hidup and dah buat untuk menjayakan #ProjekSihatSara2017 ni ialah pergi HIKING! Haha, tak pernah terfikir mampu hiking. Bila orang dah berpuluh kali mendaki Broga Hill, Sara sekali pun tak pernah teringin nak pergi! Memikirkan penat dan peluhnya tu, memang macam takkan pergi sampai bila².

Hinggalah satu hari ni, coach saya cakap hiking mampu membakar lebih dari 1000 kalori! Perfect lah tu untuk Sara yang tengah berperang dengan lelemaks dalam badan ni. Jadi, dua minggu lepas Sara telah pergi mendaki Kiara Hills bersama kawan². Mula-mula memang rasa nervous nak pergi, apatah lagi dengan stamina yang tak berapa nak ada ni. Tapi, pergi lah jugak. Nak kurus kan?


Nampak tak kegigihan seorang pendaki tu?
Kami mula mendaki pada jam 8.00 pagi. Baru beberapa minit berlalu, peluh dah berjujuran! Memang penat, tapi Alhamdulillah kawan² Sara sangat supportive dan tak tinggalkan Sara di belakang. Bila terasa penat, kami akan berhenti seketika untuk berehat.

Sedar² dah dua jam kami hiking di dalam Kiara Hills tu, dan dah hampir selesai! Penat memang penat, tapi sangatlah memuaskan. Balik tu memang terus terdampar macam dugong, sebab rasa penat sangat. Tapi, rasa nak pergi lagi! Dua hari selepas kali pertama tu, Sara pergi lagi dengan kawan² ke Kiara Hills untuk hiking and mandi peluh lagi. 

Kalau anda tak pernah hiking and nak pergi hiking, ini apa yang Sara belajar:
  1. Kena pilih kasut yang sesuai. Masa first time pergi tu, Sara tak sempat nak cari kasut sebab kawan² dah pesan kena pakai kasut hiking. Jadi Sara pakai aje kasut sukan yang Sara pakai untuk bersenam. Akibatnya, asyik nak tergelincir sebab tapak kasut sukan tak sesuai untuk kawasan tanah berlecak macam dalam rimba tu. Lepas tu, Sara terus pergi ke Decathlon dan beli kasut hiking yang paling murah iaitu RM59.00 sahaja! 
  2. Bawa sedikit kudapan semasa hiking. Sara tak tahu pun yang orang pergi hiking ni boleh lah bawak bag kecil nak isi barang-barang. Paling simple, bawalah roti. Sandwich ke roti buku ke roti krim ke, sebab logik je untuk kita rasa hypo and rasa nak pitam masa hiking. Sebab heart rate kita turun naik sepanjang hiking tu. Dan memang bila dah jalan untuk beberapa ketika, rasa perut dah krukk krukk minta disuap. 
  3. Bawa tuala kecil untuk lap peluh. Jika anda seperti Sara, tak suka perasaan peluh menitik² kat muka, boleh lah bawa tuala kecil dan sangkut di leher. Senang nak kesat peluh. 
  4. Jangan fikir sangat tentang kepayahan waktu itu, have fun! Memang dalam kepala masa tu, terfikir bila lah nak habis ni. Dan segala makanan dah terbayang-bayang. Tapi, just enjoy the journey saja!



Air soya yang femes di Kiara Park, Soya Jenny Hong!

P/S: Nak kena ambil supplement ni untuk tambah tenaga!

No comments:

Post a Comment