Journey to BMI Ideal bersama Sara

Seperti yang Sara dah share dalam post yang lepas.

Oleh kerana Sara kerja pejabat dan memang 8 jam duduk atas kerusi menghadap PC, berat Sara naik mendadak! Memang sedih ya ampun, tapi tak sedar² sebelum ni. Makan tak ingat dunia, balik rumah dari pejabat terus terdampar (macam dugong) kat atas sofa atau katil. Mind set dulu tak cukup kuat nak bangun dan buat lah apa² lepas sampai balik kerja, rasa badan penat ya ampun.

Rupa dah macam ni dah, cuma versi wanita!
Bayangkan dalam masa kurang dari setahun, berat Sara naik 10 KILOGRAM daripada berat asal! Berat asal pun memang dah tak semenggah, dah memang overweight. Tapi, belum ada kesedaran masa tu. 

Sara berazam tahun 2017 ini adalah masa untuk BERUBAH. 

Dari akhir tahun lepas, Sara asyik berfikir dan membuat strategi (gitu!) macam mana Sara nak ubah hidup Sara untuk menjadi seorang yang lebih baik dari waktu itu. Sara nak jadi Sara yang upgraded version! Dan seperti yang Sara dah share dalam artikel yang lepas, Sara dah tetapkan beberapa azam untuk tahun 2017 ini. 

Turun 4 kilogram dalam 1 bulan!

YES! Alhamdulillah, bulan pertama bagi tahun baru ini bermula dengan baik sekali. Sara struggle juga nak mula eat healthy dan juga mula bersenam. Masa nak diet ni lah macam² makanan muncul dalam otak ni. Tengah termenung boleh teringat Sinful by Sufee lah, Hokkaido cheese tart lah, dan macam² lagi. Tak pernah² minat nak makan pulut kuning tiba² mengidam pula lepas tengok gambar member kongsi dalam FB. Bersabar je lah, dah macam mengandung pula. 

Cara Sara kurangkan 4 kilo dalam 1 bulan, Sara tak makan nasi.

"Mana boleh tak makan nasi".
"Tak makan nasi menggigil wooo!".
"Melayu mesti lah makan nasi". 

Macam² alasan kepala kita cipta, tak bagi kita sihat. Sara pun tak confident boleh berhenti makan nasi kejap. Mindset Sara senang je, "Berhenti makan nasi sekejap saja, nanti slow² makan nasi semula dalam diet harian". Alhamdulillah sangat, taktahu lah macam mana badan Sara boleh tahan tak consume nasi. Sara gantikan nasi dengan karbohidrat yang lebih sihat seperti roti wholemeal dan oatmeal.

Sara juga banyak makan buah-buahan. Tiap hari Sara akan pastikan Sara makan buah, tak kisah lah sebagai snacks atau makan pagi. Buah kegemaran Sara adalah buah epal, sebab epal crunchy dan manis!

Senaman juga penting! 

Part ni yang malas ni, bersenam. Sara mula dengan mendaftar kan diri kat gym berdekatan dengan rumah Sara. Bila dah join gym ni, kita rasa rugi kalau tak pegi kan? Jadi Sara akan kuatkan semangat untuk pergi sekurang-kurangnya 4 kali seminggu. Sara juga ada mengupah trainer di mana dia akan guide Sara macam mana nak bersenam dengan betul mengikut kekuatan badan Sara. Mula-mula Sara rasa ragu² juga, takut bayar tapi tak pergi. Tapi, kan Sara dah berazam nak kuatkan semangat tahun ini. Dan alhamdulillah, hasil dah nampak!

Slowly but surely, bak kata orang ya. Bukan nak kurus cepat, asalkan sihat pun dah OK sangat dah kan. Inshaallah kita target sampai akhir tahun ni lah, harap2 dapat lah mencapai BMI normal yang sepatutnya.

Sebabkan bulan ni (Februari 2017) ni Alfalfa Complex ada buat offer buy one free one, Sara beli share dengan kawan so dapatlah seorang sebotol. Lepas habis botol ni, nak topup Omega Guard dan Herb-Lax inshaAllah. Slow-slow nak makan supplements! 


SARA 
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com
IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara

No comments:

Post a Comment