Banyakkan minum air masak kalau nak sihat, kurus dan gebus Berserta Tips!

Tips Kurus dan Sihat : Minum 8 gelas air masak sehari



Nak kurus, nak sihat, nak kulit gebus mulus ni kena lah consume air masak sekurang²nya 8 gelas sehari, bersamaan dengan 2 liter. Bunyi macam sikit ke banyak? Sara memang jenis liat minum air masak, sebab tekak ni suka yang manis je! Tapi demi #projeksihatsara2017 ku telan kan aje air itu.

Macam mana air masak ni membantu kita untuk lose weight/sihat/cantik?

Air kosong ni takde kalori, zero. Kan kalau kita nak kurangkan berat badan, kita kena kurangkan calorie intake harian kita. Jadi, antara cara paling mudah is stop drinking your calories. Lupakan Coca Cola, Pepsi, Chocolate Milk Shake, Chatime (menangis!) dan juga air sirap limau ais.

Bila kita minum segelas dua air masak before makan, nafsu nak melahap kita tu akan dapat dijinakkan. Lagi² jenis yang 24 jam asyik fikir pasal makanan (macam  Sara lah). So, kalau biasanya lunch dalam pukul 1pm, pukul 12.30 tu minum segelas air dulu. Gitchew. Simple jew.

Ada kajian ke atas sekumpulan wanita yang overweight (macam Sara lagi) menyatakan bahawa dengan minum extra 1 liter sehari selama 12 bulan, purata berat mereka turun sebanyak 2 kilogram. Tu takde senam zumba jogging bagai tu!

And of course lah bila kita minum banyak air jernih and tak ambil air² yang bergula dan lemak berkrim, toksin dalam badan kita juga akan berkurangan resulting to kulit yang lebih gebus mulus. Sebab tu lah penting untuk keep yourself hydrated! Dan sebab toksin dalam badan kita dah rendah, jerawat² batu pun dah tak nak berkampung kat kulit muka kita.

Tips minum air untuk mereka yang tak suka minum air: 

1. Tambahkan perisa semulajadi ke dalam air masak
Pernah dengar Infused Water atau Detox Water? Ia adalah air masak/kosong yang campurkan dengan buah-buahan untuk menambah perisa kepada air masak tu. Takde lah rasanya payau bebenau kan? Paling simple kita boleh letak lemon dalam air. Simpan dalam peti bagi sejuk then minum, memang sedap dan sangat menyegarkan! Buah-buahan lain yang kita boleh letak ialah buah oren, limau nipis, strawberry, timun, daun pudina, buah epal dan macam² lagi. Tengok gambar di bawah ini untuk idea nak buat infused water. 


2. Minum segelas air selepas ke tandas
Badan kita memerlukan banyak air dan air ini akan keluar dari badan kita dalam bentuk urine dan peluh. Jadi setiap kali kita ke tandas nak membuang, air akan keluar dari badan kita. Jadi, kita kena ingat untuk minumlah segelas air setiap kali keluar dari tandas. Kiranya, kita hydrate kan badan kita semula! Mudah je. Selain seusai ke tandas, jadikan habit untuk kita minum segelas/secawan bila nampak air! Maknanya, simpanlah air botol di mana-mana anda berada. Nampak aje terus minum! 

3. Track kuantiti air kita minum setiap hari 
Lagi satu cara mudah nak track kuantiti yang kita minum tiap hari, nak senang boleh la cuba pakai aplikasi smart phone! Ada banyak app yang direka khas untuk kita track apa kita makan dan minum, siap boleh track calorie intake dan calorie burn lagi tu. App macam ini sesuai lah untuk yang berazam nak kurangkan lelemaks kerana kita boleh tahu pemakanan dan senaman harian kita cukup atau berlebihan. Anda boleh download App FitnesspalDaily Water Free or Carbodroid


4. Cuba Sparkling Mineral Water 
Ini pengalaman Sara sendiri. Sara masa mula-mula nak belajar minum air kosong ni, Sara minum Sparkling Mineral Water. Ia adalah air mineral tapi ada gas macam air Coca Cola. Rasa dia mula-mula pahit sikit sebab tak biasa. Lama-lama memang suka! Kat Malaysia, Spritzer ada jual. And ada satu mesin Soda Express ni yang boleh add in soda tu ke dalam air minuman biasa kita. Tapi, sekarang Sara minum fully air masak biasa saja. 

5. Eat your H2O! 
Macam mana nak makan air? Banyakkan makan makanan yang banyak air! Contoh terbaik adalah buah-buahan dan sayur-sayuran; buah tembikai (92% air), timun (96% air) dan grapefruit (91% air). Haaa apa lagi alasan kita taknak minum air?


SARA 
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com

IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara

No comments:

Post a Comment