Lawatan Pertama ke HQ Shaklee di The Pinnacle Sunway


Dua hari lepas selepas habis meeting dengan client, saya terfikir nak singgah di HQ Shaklee kerana alang² dah sampai di PJ boleh lah ke Sunway terus. Takde nak beli apa sangat, hanya nak tengok² dan dapatkan aura nak berniaga Shaklee.


HQ Shaklee berada di The Pinnacle, Sunway yang terletak berdekatan dengan Sunway Pyramid dan Sunway Lagoon tu. Kalau nak waze, boleh Waze “The Pinnacle” dan anda akan terus sampai ke destinasi sepatutnya.


Sampai di parking lot, saya terus ke lobi. HQ Shaklee berada di Tingkat 9 menara tersebut. Mula² kena daftar di kaunter lobi, bagi IC dan dia akan tanya nombor telefon kita. Kemudian, kita akan dapat kad akses untuk ke tingkat 9.

Kawasan Lobi The Pinnacle

Lif tak ada nombor nak ditekan!

Selepas tag kad akses untuk ke bahagian lif di lobi tu, nak kena tag kad akses tu di luar lif pulak dan terus tekan tingkat berapa kita nak pegi! (tak sempat saya nak ambil gambar, lain kali saya snap!) Jadi, saya pun tekan tingkat 9 dan tunggu lif sampai. Masuk sahaja lif, dalam lif cuma ada butang utk buka dan tutup pintu lif sahaja! Moden betul!

Sampai di level 9, jika anda tengok kiri dan kanan, dua2 adalah pintu Shaklee. Saya pun tak tahu pintu mana nak masuk tetapi saya Nampak ada orang dalam pintu belah kanan, jadi saya cuba masuk. Memang betul di situ lah tempat untuk membeli barangan Shaklee!

Nombor giliran saya
Alang² dah sampai tu, saya beli Alfalfa Complex yang ada pelanggan saya beli sebab Alfalfa sedang promo buy one free one. Selalunya saya order online saja. Lepas isi borang dan ambil nombor giliran, saya jalan tengok² kawasan.

Selain dari kaunter pembelian, pembayaran dan kaunter collection barangan yang dibeli, sebahagian besar daripada kawasan itu ada banyak meja² bulat yang dikhaskan untuk kita berdiskusi dengan pelanggan atau rakan seniaga! (Lagi sekali tak sempat nak ambil gambar kerana ada orang sedang berdiskusi jadi saya tak nak ambil gambar tanpa kebenaran). Ada juga bilik2 mesyuarat yang  boleh muatkan dalam 10 orang bagi sesi yang lebih ramai dan lebih private.

Mungkin kerana hari bekerja, tak ramai yang sedang menunggu giliran. Nombor saya pun dipanggil dalam masa 5 minit. Saya ke kaunter untuk membeli Alfalfa Complex, buat pembayaran, dan saya perlu tunggu sebentar untuk mereka ambil barangan pembelian saya. Kurang dari 5 minit, Alfalfa Complex dah dapat! Alhamdulillah.

Lepas ni boleh lah saya singgah selalu. Saya suka suasananya yang sangat tenang dan bersih. Nak brainstorm atau nak berblogging pun boleh lah buat di sana kan?





Anda juga boleh join menjadi member Shaklee, senang dan mudah. Di samping berniaga mencari side income, kita beli produk untuk diri sendiri dengan harga member. Siap ada bonus² lain tau.

Kalau nak join, boleh PM saya. Saya boleh guide anda, tidak kira untuk consumption sendiri atau untuk berniaga.

SARA 
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com
IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara


No comments:

Post a Comment