Idea Untuk Dapatkan Side Income Selain Kerja 8jam di Ofis?

Dengan ekonomi yang tak berapa nak stabil ni, Sara rasa ramai yang dah mula ber-side income kan? Dalam newsfeed FB pun ramai yang share side income masing². Yang hot sekarang ramai doktor promote MJ, cikgu-cikgi pula promo MK. Belum lagi yang menjahit, menganyam, mem-bake, menyanyi, macam-macam lah. Rata-rata orang yang dah berkerjaya hebat² dan masih ada masa lagi nak berniaga. Tu yang Sara ter-inspired tu!

Antara cara nak dapatkan side income adalah dengan cuba free-lance kan kreativiti anda dengan menjual expertise kita as a service. Trend sekarang orang tak nak hire professionals, mereka hanya akan cari bila perlu saja. Kalau anda pandai designing, animation, menulis, melukis, menjahit dan sebagainya. Cuba cari platform yang kita boleh iklankan expertise kita atau rajinkan diri untuk cari iklan yang memerlukan kelebihan kita ni.


Jika anda jenis suka mem-produce sesuatu produk, bolehlah cuba promokan produk hasil tangan anda tu. Contohnya, ada orang memang pandai ber-baking, jadi cuba promo, ambil gambar hasil baking anda and tanya kawan-kawan jika ada yang berminat. Mesti ada yang sangkut nanti. Lagi-lagi kenalan terdekat yang dah tahu special talent anda tu! Contoh lain macam menggubah bunga, buat doorgift perkahwinan dan jual handmade accessories seperti rantai leher dan gelang tangan.


Kalau anda macam Sara, perlukan extra income untuk survive aktiviti harian anda, untuk occasionally nak pergi holiday, nak makan kedai fancy TETAPI tak berapa nak ada special talent, tak reti, tak ada ada masa and tak ada modal nak invest untuk produce product sendiri, we will opt to jadi agent/reseller/stokis/distributor atau apa-apa nama yang seumpamanya. Ada yang pilih untuk menjual kosmetik tempatan, jual kopi, kasut dan berlambak-lambak lagi! And Sara pilih Shaklee, produk leading to a better health and lifestyle (seiring dengan #ProjekSihatSara2017).


Nanti Sara share kenapa Sara decide untuk jadi Independent Distributor ok?

No comments:

Post a Comment