Assalamualaikum, salam perkenalan..

Bukan kali pertama menulis blog, tetapi pertama kali menulis blog berunsurkan 'sharing' atau perkongsian dan tips untuk kehidupan yang lebih sihat dan bermanfaat!

Ok lah, minta izin untuk memperkenalkan diri.. Panggil saja Sara. Tujuan penulisan dalam blog ini adalah 99% untuk perkongsian mengenai hidup sihat, gembira dan berguna, lagi 1% tu saya nak selit²kan sikit cerita tentang aktiviti menarik atau makanan menarik atau tempat menarik yang saya buat (ala-ala personal blog gitu). 

Kenapa tiba-tiba rasa nak menulis semula? Blog dulu-dulu dah lama pupus tak di-update kan?

Tahun ni Sara dah 28 tahun, dah tua bangka dah! Jadi, Sara dah bermula berfikir apa cara-cara untuk Sara memanfaatkan hidup Saya ni. 28 tahun dah banyak dibazirkan untuk berjoli (terbaring tengok Netflix, makan ikut nafsu, hidup tak berjadual dan tak terurus) dan macam² lagi. Dek kerana perangai yang tak matang ini, berat naik mendadak hingga mencecah 75kg dan pada tahun lepas Sara telah disahkan menghidap hyperthyroid. 

Hyperthyroid tu apa? 

Doktor kata ada disebabkan keturunan, ada juga disebabkan kehidupan yang stressed dan faktor² lain. Oleh kerana penyakit ni, Doktor syorkan untuk mula mengambil ubat secara konsisten selama 24 bulan (dua tahun tu!). Jadi, kiranya sekarang ni Sara memang tengah on medication (Carbimazole, untuk mem'balance'kan hormon thyroid dan jugak Inderal, untuk mengawal/memperlahankan kadar degupan jantung). 

Kata Doktor, kalau dibiar berpanjangan boleh menyebabkan komplikasi jantung! Aduhai, muda lagi woi baru 28 tahun! 

Oleh sebab itulah, Sara bertekad untuk mengubah cara hidup.

Dari Disember 2016, Sara berazam untuk mengubah lifestyle Sara ni untuk jadi lebih sihat. Sihat bukan dari segi kesihatan je, nak ubah cara hidup sekali. Sara memang mengaku bukan senang! Lagi² dah 27 tahun hidup relax-relax je, tak nak fikir macam² beratkan otak (hidup lek-lek gitu). Dah tiba masa untuk tukar gear!

Macam mana Sara mula perubahan hidup Sara? (Ini ala² azam 2017 Sara lah).
  1. Tidur paling lewat jam 11.00 malam dan bangun pukul 5.30-6.00 pagi. 
  2. Makan makanan-makanan yang berkhasiat dan makan on time. 
  3. Mengisi masa lapang dengan membaca buku (nak kurangkan masa online, online asyik tengok FB, IG aje) 
  4. Bersenam secara konsisten. Matlamat penting untuk dapatkan BMI ideal. 
  5. Mengemas rumah (spring cleaning) seminggu sekali untuk mengelakkan rumah menyerupai tapak pelupusan sampah. 
  6. Berkongsi maklumat penting dan tips mengenai cara hidup sihat dan perkara-perkara positif kepada kawan² dan keluarga - spreading positive vibes!
Bunyi macam sikit tapi tak berapa senang. Apa lagi kalau dah berazam nak kurus dah bertahun-tahun tapi masih serupa malahan berat siap naik lagi tu! Tapi 2017 ini akan menjadi berbeza! 

Setakat sebulan pertama pada tahun ni, ALHAMDULILLAH Sara rasa bersyukur sangat sebab Sara rasa Sara dah slowly capai azam-azam Sara ni. Dalam bulan pertama ni Sara berjaya kurangkan berat sebanyak 4 kilogram (mungkin anda rasa 'alahai sikit je' tetapi Sara tahu badan Sara dan untuk turunkan sekilo pun memang susah teramat!). 

Dan Sara juga dah berjaya tidur awal dan bangun awal. Kalau tak, pukul 3 pagi tak tentu dah lelap walhal esok harinya nak kena kerja. Memang tunggang-terbalik hidup Sara dulu. Makan pun alhamdulillah, Sara juga kurangkan pengambilan makanan berminyak dan banyakkan makan buah-buahan tiap hari. 

Jadi, demi merealisasikan azam Sara yang terakhir (walaupun dah lewat sebulan), wujudlah blog ini untuk Sara kongsikan bersama anda. Sara juga akan kongsikan resipi-resipi sihat, senaman bersesuaian untuk weight loss, supplemen dan vitamin sebagai extra boost kepada diet sihat kita. 

Itu sahaja untuk hari ini, Sara akan kongsi lagi banyak artikel² menarik pada masa akan datang. 

SARA 
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com
IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara

No comments:

Post a Comment