Lojik Untuk Turun 10kg Masa Bulan Puasa - Nak Tahu Macam Mana?

Haritu masa session training dengan personal trainer saya, beliau banyak kongsi tips macam mana nak turun berat semasa bulan puasa. Yang best-nya, beliau cakap yang bulan puasa adalah masa yang paling senang untuk turun berat badan! 

Haa, menarik kan?

Terus terbayang-bayang baju kebaya untuk raya pertama nanti kan?

Saya nak ni!

Jadi, harini I nak share lah tips-tips tu dengan you - supaya kita sama-sama meletops kebabom raya nanti! Tips yang I akan kongsi adalah tips yang sihat, bukan crash diet di mana you hanya kena makan buah atau makan terlampau sedikit.


Makan Kena Cukup Dan Seimbang
Cukup tu maknanya jangan lah makan terlampau sedikit, contohnya hanya makan buah semasa berbuka. Sahur tak makan langsung cuma minum segelas air. Bila kita makan terlampau sedikit, metabolisme badan kita akan menurun. Bila metabolisme rendah, berat susah nak turun!

Kena Sahur 
Bila kita sahur, kita pastikan badan kita dapat nutrien yang mencukupi supaya badan kita tak retain lemak dan apa2 yang ada dalam badan = metabolisme rendah. Sahur juga kena lah pastikan cukup sumber yang sihat; karbohidrat segenggam, protein, fiber dan lemak sihat. Jangan lupa untuk minum air (boleh ambil Performance Drink Shaklee!). Kalau boleh, jangan minum yang ber-kafein kerana kafein boleh sebabkan badan kita dehydrated.

Berbuka Dengan Berhemah, Bukan Melantak!
Mulakan dengan kurma sebiji dua, dan air suam. Yes, Kevin Zahri advice untuk minum air suam dulu. Sebab air suam boleh warm kan dulu digestion system dalam perut kita. Dan please jangan melantak, walaupun perut memang lapar sangat!

Jangan Lupa Minum Air 
Air masak ye, air kosong. Bukan air manis. Memang tak dinafikan bulan puasa ni memang susah nak tinggal air manis, lagi-lagi time buka - kalau dapat air soya sejuk ke, cendol ke memang best kan! Dan minum lah air sikit-sikit, secara berperingkat. 



Kena Bersenam
Kena bersenam walaupun bulan puasa. Macam coach I cakap, bulan puasa senang nak shape kan badan kita. Tak perlu buat yang intensed, boleh buat sekadar squats, crunches dan planks!
Boleh buat 30 minit sebelum berbuka, atau buat selepas berbuka. 




Detoks Dengan Shaklee
Set Detoks Shaklee terdiri daripada produk-produk untuk sahur, berbuka dan waktu moreh. Jadi apa yang kita makan tu akan dibantu proses pencernaan-nya dengan produk-produk ni. 


Yang bestnya tentang beli Set Detoks dari saya ialah saya ada provide pelan pemakanan, jadual makan vitamin dan konsultansi percuma dalam nak menguruskan badan ni. 

Jika anda ada any concern tentang tahap kesihatan anda dan anda nak usaha menjadi lebih sihat, boleh lah contact saya untuk FREE consultation.

Sara Amelia
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com
IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara


No comments:

Post a Comment