Tips Cari dan Curi Masa untuk Ber-Side Business Supaya Dapat Cari Duit Lebih

Dalam zaman sekarang ni - cari duit sambilan tu rasanya semua rakyat Malaysia dah buat kan?

Sesambil pegi ofis tu - promote tudung/kek/kuih raya kat kengkawan ofis 
Ada jual barang secara online 
Buat dropship - tak perlu simpan stock, dapat lah duit sikit nak tampung perbelanjaan bulanan

Dan banyak lagi. 

I sendiri dari dulu memang mencari peluang nak mencari duit lebih - sebab kita ni bulan-bulan mesti ada nak beli kasut lah, handbag lah. Lagi best kalau kita ada duit lebih untuk nak bagi mak bapak kita kan? Impian I nak bawak Mama pi umrah, bestnya! 

Tapi, bagi yang bekerja full time macam I ni - memula before buat Shaklee ni - rasa macam "Eeee ada kee masa? Pagi sampai lewat petang dah tentu kat ofis je, malam nak masak untuk suami, nak basuh baju, lipat baju, gosok baju, mop rumah dan segala lagi. 

Aiyoooo mana ada masa!

Mesti rasa macam tu kan? 

Tapi alhamdulillah sekarang ni, rasa macam sangat sempat! Siap boleh update blog setiap hari pulak tu! Bila fikir balik - rasa macam kagum dengan diri sendiri. Alhamdulillah, bila kita betul-betul berusaha, Allah akan mudahkan! 

Meh I kongsi pelan I macam mana I bahagi masa dalam nak ber-bisnes ni: 



  1. Mula-mula, I tulis dan susun jadual aktiviti harian I semula - pagi bangun kena buat apa, gosok baju bila dan sebagainya. Bila kita dah tahu aktiviti apa sebenarnya kita kena buat - kita boleh selitkan masa nak promote bisnes.
  2. Ok, sekarang I dah tahu aktiviti I pada waktu pagi mula dari pukul 6.30. Jadi, I bangun 30minit lebih awal - pukul 6 pagi. Nak buat apa bangun waktu itu? Boleh ambil masa tu untuk tulis blog, atau tulis status di Facebook.
  3. I juga mula bawa bekal makan tengahari untuk makan di ofis. Sebab apa? Sebab masa kita tak perlu keluar dari ofis dan pi cari makan tu - kita guna untuk update blog dan FB lagi! Ada lebih kurang sejam tu - macam-macam boleh promote! 
  4. Untuk elakkan kita blur bila dah ada masa - senaraikan pulak TO-DO-LIST kita dalam nak berbisnes ni. Contohnya: Esok pagi pukul 6am - nak update blog - tulis pasal Kebaikan Bangun Awal dan Tips Senang Bangun Awal dengan Shaklee. Tak ade lah kita buang masa nanti. 
  5. Malam pula, ambil masa sejam dua untuk promote lagi. Malam selalunya banyak masa sikit. Takpe, husband faham jika kita tak masak 10 lauk setiap hari, masak simple-simple. Kita cakap dengan suami kita nak promote business, nak tulis blog. InshaAllah mereka faham! 
Planning tu sangat penting - sebab kita yang bekerja ni masa sangat terhad. 

Nak tips lagi? Mai join I jadi pengedar Shaklee! 

No comments:

Post a Comment