RAHSIA Cara Menulis Post Promo Untuk Tarik Orang Baca!

Sebagai seorang yang menjual something, penting untuk kita tahu macam mana nak tulis - yang membuatkan orang akan baca sampai habis. 

Sebab kita nak orang tahu KENAPA perlu beli dengan kita dan KENAPA pilih kita untuk berurus niaga. 


Ada cara nak explain kat orang kelebihan kita dari seller lain, tapi kena lah tahu caranya. 

Salah cara, orang jelik. Betul tak?


Contoh : 
"Beli dengan saya, jangan beli dengan orang lain sebab mereka tu tak serious pun. Mereka hanya nak kan duit you, dan menipu you" 

Tak OK - orang nampak kita hati ni busuk

Contoh yang baik : 
"Beli lah dengan saya; kerana saya mengambil masa nak betul kenal tentang produk yang saya jual, saya komited nak terangkan setiap produk dan set kepada anda, dan saya konsisten sharing kelebihan Shaklee kepada anda. Saya juga akan berikan servis terbaik selepas anda membeli Shaklee dengan saya. 

Ini OK!
Sebab kita menceritakan kelebihan diri kita, tanpa memburukkan orang lain. 
Orang pun akan rasa senang dengan kita! 

"Aku tak pandai lah nak tulis-tulis kat FB status, mana ada idea" 

Mungkin cara-cara ini akan membantu anda:

  1. Kenal kenal produk - kena tahu kelebihan, siapa patut ambik, berapa kena ambik, bila kena ambik; kenali produk itu inside out. Baru kita tahu apa nak tulis and explain tentang produk tu. 
  2. GUNAKAN TEKNIK PENCERITAAN - Haa, huruf besar I tulis, sebab ini penting ni! Orang nak dengar kita bercerita; jadi tulis macam tulis novel. Ceritakan pengalaman sendiri, pengalaman beri mak hadiah Shaklee, testimonial kastemer ke? Orang akan nak baca sampai habis!
  3. Masukkan gambar dalam post - gambar lagi menarik dari tulisan semata kan? So, google gambar menarik dan masukkan dalam post kita. Gambar warna-warni lebih baik dari gambar setona. 
  4. Konsisten - Jangan harini tulis 100 posts, pastu seminggu lesap. Pastu tulis dua post, lepas cuti dua minggu. Orang tak kan ingat you. Cuba konsisten seminggu 5-10 posts, dan buat setiap hari. Orang akan tertunggu-tunggu posts you. 
  5. Selitkan unsur jenaka dan guna bahasa harian - Guna bahasa biasa, jangan guna bahasa sastera tinggi tu. Kang orang tak faham. Guna bahasa yang kita selalu guna masa bercakap dengan kawan - macam bercakap dengan kawan. Ayat ada lenggok, bila orang baca tu dia rasa macam you sedang bercakap dengan dia. Dan selitkan something kelakar-kelakar sikit - jangan serious je, kang tak sempat habis baca - pembaca dah krohh.. krohh... 
Nak saya ajar one-to-one?
Mai contact saya - kita buat Shaklee sama-sama! 





Jika anda ada any concern tentang tahap kesihatan anda dan anda nak usaha menjadi lebih sihat, boleh lah contact saya untuk FREE consultation.


Sara Amelia
Shaklee Independent Distributor
Whatsapp No : +6011 3788 4868
Emel : revampwithsara@gmail.com
IG/FB : @revampwithsara/ Revamp with Sara

No comments:

Post a Comment