Dah bulan Mac ni, agak-agak azam nak KURUS masa 31 Diember 2016 tu masih on track tak?
Ke macam ni? |
First, meh Sara share azam tahun baru Sara untuk tahun lepas: Nehi. Zero. Tak ada.
Sebab tak ada motivation, tak prepare untuk nak
merempuh tahun baru. “Tak sempat nak
fikir” kononnya.
Tiap tahun, ada satu azam je dalam kepala : NAK KURUS. NAK
KURUS. NAK KURUS.
Tapi… Hajat tu selalu tak kesampaian. Sebab motivation dan dedication
tak cukup strong. Baru Nampak gambar kek dalam Instagram, dah tak keruan nak pi
cari kek! Nampak iklan cokelat kat TV, terus nak singgah 7Eleven beli satu bar
besar! Tu lah masalah besar I.
Bezanya untuk tahun ini, I mula setting azam tahun baru ni
lebih awal. Bulan 12 tahun lepas I dah masuk Gear 1 dah.
Sekarang, meh I kongsi azam tahun baru untuk 2017 ni (New year
resolution):
- Nak BMI ideal by December – termasuklah makan sihat, bersenam, tak lahap sebiji kek.
- Habiskan 10 buku novel – sebab dah bertahun tak membaca langsung, kurangkan masa dengan smart phone dan internet
- Stay positive setiap hari – kuatkan mental game, bangun pagi segar, kurangkan mengumpat dan bergossip, see things on the beautiful side
Macam you baca kat atas tu kan, dalam setiap azam tu I ada
explain kenapa supaya I nampak kebaikan dia to myself, bukan untuk orang lain.
And sekarang ni dah masuk bulan Mac dah ni, I rasa bangga dengan diri sendiri
kerana, Alhamdulillah azam-azam ini
masih berjalan dengan lancar!
- Setakat ni, I semakin dekat dengan BMI ideal (lagi 6 kilogram!) and berjaya turunkan dalam 4.6 kilogram. Tahun ni, I nak cuba kurangkan makan nasi sebab I ni suka sangat nasi sampai sepinggan tu tak cukup! Jadi setakat 77 hari pertama untuk tahun 2017 ni I berjaya menahan diri dari melahap nasi.
- Buku pulak I dah habis 1 buku setakat ni. Slow sikit, tapi it’s an achievement.
- Positivity ni perlu dipupuk setiap hari. I ada perasan duduk kat Malaysia ni banyak sangat gossips! Tapi that is not an excuse untuk be positive selalu. Jadi, I masih kena bekerja keras untuk part ni!
Ini antara 11 cara mudah untuk kekal positif dan 'Inspired' setiap hari supaya azam tahun baru akan tercapai tahun ini:
- Bangun pagi, terus pergi dapur dan minum segelas air masak.
- Bersenam setiap dua hari kalau boleh. Lagi bagus setiap hari. Senaman ringan dah memadai. Sekarang mudah, boleh Youtube aje macam-macam video tutorial ada.
- Make sure tidur yang cukup setiap hari, dalam 7-8 jam. Mungkin susah nak dapat tidur malam, cuba dapatkan 'power nap' pada siang hari! I ada baca yang sejam nap sama dengan tidur malam yang cukup!
- Setiap pagi, senaraikan tiga tasks yang nak dicapai pada hari ini. Contohnya, harini I nak bayar bills, tulis 4 blog posts and nak basuh kereta.
- 50/10 Rule - Fokus buat sesuatu selama 50 minit dan ambil rehat selama 10 minit. Ini adalah untuk memastikan kita cukup tenaga untuk survive sepanjang hari.
- Sebelum tidur, reflect diri and 'self-evalution'. Ini macam 'me time' untuk diri sendiri. Muhasabah diri and bercakap dengan diri sendiri, bagi semangat pada diri sendiri untuk merempuh hari esok pula.
- Banyakkan membaca. Membaca ni bukan sahaja boleh tambah pengetahuan kita, ia juga dapat melatih fokus kita ni yang dah terlampau banyak spend masa dengan gajet elektronik.
- Spend masa untuk belajar sesuatu yang informative dalam Internet, bukan buka FB sahaja. Buka website yang banyak berkongsi tips tentang topik yang anda suka; kraftangan, kemasan rumah, parenting, memasak.
- Instead of membuang masa untuk fokus kepada kejadian-kejadian buruk yang berlaku pada hari anda, lebih baik jika fokus kepada perkara positif! Gratitude promotes happiness. Tuliskan senarai 'gratitude' ini di dalam satu buku.
- Kemas rumah dan ruang kerja - Ruangan yang bersih dan kemas ni melambangkan tuan ruangan tu. And ruangan yang bersih ni membantu kita untuk lebih fokus dan takde lah serabut duk tengok sepah-sepah ni.
- At the end of the day, reward diri dengan something yang anda suka. Setiap hari I keluar rumah jam 8 and sampai rumah semula dah pukul 10-11 malam. First thing yang I nak buat ialah main dengan Libi, kucing I. I rasa relaxed sangat bila main dengan Libi. So, reward diri anda dengan tengok movie ke, makan cokelat ke.
Sesi bermanja dengan Libi |
Simple je kan tips ni, benda yang kita boleh praktikkan setiap hari. Mungkin anda tengok macam, alahai benda remeh je. Tapi cuba praktikkan setiap hari selama sebulan baru anda akan rasa kebaikannya. Dulu I juga ada perasaan macam tu, tapi I cabar diri sendiri untuk cuba. Alhamdulillah, I nampak hasilnya!
No comments:
Post a Comment