5 Langkah Berhenti Merokok Sebelum Paru-Paru Berhenti Berfungsi

Habit menghisap rokok ni semua orang tahu ia sememangnya tak baik dan terang-terangan boleh merosakkan organ dalam badan terutamanya paru-paru dan jantung kita. Dah berjuta orang mati di dunia ni disebabkan merokok. Lepas tu bukan yang menghisap je yang terkesan, orang sekeliling (dipanggil sebagai secondhand smoker) lagi lah terkesan. Ada kajian yang membuktikan kesan asap rokok kepada orang yang berada di sekeliling perokok ada risiko lebih besar untuk terkena komplikasi kesihatan daripada perokok tu sendiri. Haih, 




Tak sayang ke anak bini?

Pengalaman sendiri melihat nenek saudara terlantar kat hospital berbulan-bulan, bergantung 24jam kepada mesin oksigen kerana paru-paru dan jantung nya sudah sangat lemah. Bila ditanyakan kepada doktor tentang kenapa terjadi sampai sedemikian rupa, doktor cakap ini adalah kerana dia terlalu terdedah kepada asap rokok. Allahu, terbayang kekesalan pada muka suaminya bila dengar doktor cakap macam tu. Dan akhirnya, nenek saudara tu meninggal dunia di hospital juga. 

Tak sayang ke anak bini? 

Jika anda pernah terdetik rasa nak berhenti merokok, boleh cuba 5 langkah ini mana tahu menjadi. 

  1. Bersiap sedia untuk berhenti. Dinasihatkan jangan berhenti serta merta, sebab gian tu akan menyebabkan habit jadi makin teruk pulak. Nak berhenti ni perlukan kekuatan, jadi pilih waktu yang anda tak mengalami banyak tekanan dalam hidup. Buang bekas abu rokok, buang lighter, buang semua yang berkaitan. Kemudian, mulakan proses pengurangan merokok ni. Lagi satu, jangan benarkan orang merokok dalam rumah kita. 
  2. Ubah rutin hidup. Kalau selalunya lepas makan je dah tak sabar nak merokok, cuba lepas makan tu pergi jalan bersiar-siar ke, atau makan dessert ke. Buat benda lain, dan jadikan rutin supaya lupa nak merokok tu. 
  3. Dapatkan sokongan. Biasanya, semua orang akan sokong. Ye lah, duit tak bazir, kesihatan tak terjejas. Kalau orang terdekat memang tak support, boleh minta bantuan contohnya melalui program berhenti merokok yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dapatkan juga kaunseling daripada doktor. 
  4. Orang kata withdrawal syndrome akan stop selepas 72 jam. Dalam 72 jam pertama tu, you akan rasa macam-macam perasaan. Yang menangis pun ada. Tapi jangan fikir sangat, and minta orang sekeliling untuk ignore you dan jangan dibagi rokok pulak! 
  5. Jika susah sangat-sangat lah nak berhenti, badan tak dapat nak tahan tanpa nicotine, boleh try supplements yang boleh menghilangkan rasa nak merokok tu. 
Anda boleh cuba Vivix dari Shaklee, kerana Vivix bertugas untuk 'berperang' dengan radikal bebas seperti asap rokok dan bahan-bahan dalam rokok tu (semua yang ada kena mengena dengan rokok tu adalah bahayaaa!). 


Klik di SINI untuk membaca tentang bagaimana Vivix Shaklee ni boleh buat RAMAI orang berhenti merokok tanpa disengaja (kerana sebenarnya mereka ambil Vivix sebab nak kurang kan masalah lain). Tak memasal dapat save duit beli rumah lagi sebiji! Siap ada testimoni lagi dalam post tu. 






No comments:

Post a Comment