Tips Bangun Pagi Dengan Mudah Tanpa Perlu Snoooooze!

Sejak-sejak umur dah nak dekat 3 series ni, saya sering terfikir bahawa tidur berlebihan ni macam membazir masa. Kalau dulu masa zaman belajar, setiap kali ada peluang untuk berehat, memang saya akan tidur lambat dan bangun lagi lambat! Biasalah, zaman tu saya rasa ramai ada lalui. Tapi sejak akhir-akhir ni, saya akan cuba sedaya upaya nak bangun awal pada waktu pagi, masak breakfast, bersenam sikit. Barulah rasa hari saya sangat produktif! 




So, hari ini saya nak kongsi tips bangun pagi dengan mudah dan segar supaya kita dapat memanfaatkan pagi hari dengan aktiviti yang berfaedah. 

  1. JANGAN SNOOZE ALARM. Latih diri kita supaya terus bangun apabila alarm sudah menyanyi. 
  2. Tidur awal dan beri badan dan minda kita rehat yang secukupnya. Badan kita memerlukan rehat dalam 7-8 jam jadi kalau kita plan nak bangun jam 6 pagi, cuba lelapkan mata pada jam 10 atau 11 malam.
  3. Elakkan diri dari bermain handphone atau alat eloktronik lain kerana cahaya sinaran skrin akan menghasilkan melatonin, sinaran yang sama macam matahari pada siang hari. Sebab tu kita susah nak tidur. 
  4. Rancang breakfast yang sedap! Dengan ini, kita akan bersemengat untuk bangun pagi! 
  5. Kita juga boleh merancang aktiviti kita untuk keesokan harinya, dan rancang aktiviti bermula dari pagi hari supaya semangat sikit kita nak bangun keesokan paginya. 
  6. Jangan minum kopi sekurang-kurangnya 6 jam sebelum bedtime.
  7. Elakkan dari tidur siang. Power nap is okay, tapi jangan lah membuta beberapa jam pada waktu siang, akibatnya mata kita akan segar bugar pada waktu malam!
Jom mula bangun pagi esok!

1 comment:

  1. Hihi snooze tu mmg kerap sangat buat, kadang2 set jam awal dari waktu nak bangun sebab nak nikmat snooze tu, padahal tak bagus kan macam tu.

    ReplyDelete