Sakitnya tuh di sini!
Ada
orang yang jenis kena panas sikit terus kepala berdenyut, salah makan sikit
pening. Bila dah pening tu, mula lah cari katil. Kalau kena di pejabat, memang
tak dapat nak focus langsung buat kerja kan? Nak makan pun jadi tak lalu. Kalau
ada yang teruk tu, sampai migraine. Migraine ni jangan dibuat main sebab memang
serba tak kena sampai lah sakit tu hilang.
Ni
antara sebab kita sakit kepala yang biasa-biasa :
- Cuaca – macam Sara cakap tadi lah. Sara sendiri jenis yang kalau kepala ni duk bawah matahari lama sikit kejap lagi kepala dah mula berdenyut. Ada orang yang jenis duduk dalam aircond lama, sekali keluar ke suhu bilik biasa pun boleh pening.
- Stress berlebihan – Ramai orang cakap sakit kepala sebab stress kan? Sebenarnya sakit kepala datang lepas stress hilang, sebab hormones melawan stress tu masih dihasilkan selepas dah tak stress. Tu yang pening tu.
- Hormon – wanita selalu masa period, atau kejadian hormon tak stabil ni menyebabkan sakit kepala.
- Dehydrated – Bila badan kurang air pun mengundang juga!
- Makan lambat – Bila kita lambat makan, then angin mula masuk badan – gula dalam badan menurun, sakit kepala pun datang.
- Kurang tidur
Jika anda seperti Sara, Sara memang jenis tak suka sangat
ambil medication selain jika terpaksa. Macam kalau rasa nak demam atau selsema,
cepat-cepat telan Vitamin C. Jika sakit kepala juga sama, kalau boleh taknak
telan Panadol/Uphamol/apa-apa paracetamol lah. Sebab fikirkan efek jangka
panjang kan? Taknak lah rosakkan badan!
- Makan buah tembikai. Pelik kan? Sebabnya adalah, sakit kepala ni disebabkan badan kurang air. Jadi kita makan makanan yang banyak air seperti tembikai!
- Gigit pensil di celah gigi. Sebabnya? Bila kita buat macam ni, kita akan activate otot-otot ‘senyuman’ yang boleh relakskan rahang kita. Tak percaya? Cuba try!
- Minum kopi! Sakit kepala ni selalunya disebabkan salur darah kita mengembang. Kopi boleh cepat kembalikan salur tu ke saiz asal.
- Urut lah kepala anda. Contohnya kalau anda di tempat kerja, banyak kerja nak kena submit, tiba-tiba sakit kepala pula. Cuba urut kepala di bahagian bawah tengkorak (atas sikit dari tengkok).
- Tekan kawasan (webbed area) di antara ibu jari dan jari telunjuk. Masaj dan urut dalam 1 minit, lepas tu urut di tangan sebelah lagi.
- Stretch! Sakit kepala ni selalu disebabkan otot-otot yang tegang. Cuba reganngkan leher, regang kan tangan dan kaki, gerak ke kiri dan kanan. Buat ala-ala nak warm up nak bersenam tu.
- Tarik nafas panjang-panjang. Bila kita rasa sakit ni, badan kita jadi stressed. Cuba tutup mata dan relax sekejap.
- Campurkan apple cider vinegar (cuka epal) dengan air - boleh tambah lemon atau madu - ini dapat stabilkan level alkali dan asid dalam badan.
No comments:
Post a Comment