Kerja Rumah Mudah Sesuai Untuk Anak Kecil Mengikut Umur


"Melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Siapa ingat lagi peribahasa yang kita belajar masa sekolah dulu? Ai hampir terlupa tadi, siap kena google dulu nak confirm-kan. Teruk betul, memory lost! 

Nak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak ni kena lah mula dari awal. Dari mereka baby lagi kita dah ajar dengan senyuman dan gelak ketawa, kita ajar makan makanan yang berkhasiat, kita ajar mereka supaya kemas mainan selepas bermain, dan macam-macam lagi. Cuba you bagi contoh kat ruangan komen tentang macam mana lagi you train anak-anak dari kecil ni. 

Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita juga kena lah ajar mereka mengemas rumah. Ala, yang simple-simple aje supaya mereka tahu yang tugasan mengemas rumah ni bukan kerja ibu sahaja (atau bibik) tapi adalah tanggungjawab semua. Secara tak langsung, anak kita akan belajar rasa bertanggungjawab. 


Bila anak pandai bertanggungjawab ni, mereka juga belajar untuk berdikari. Ajar mereka buat benda sendiri! 

Ni antara chores yang kita boleh delegate kt anak-anak, mengikut umur dan kesesuaian mereka. 


2 tahun: 
Kemas barang mainan selepas bermain (dengan pertolongan dulu)
Cari kasut sendiri dari rak kasut, dan letak semula kasut selepas selesai pakai 
Letak baju kotor ke dalam tong baju kotor 
Cubaan mengutip sampah pakai dustpan dan brush  


3 tahun: 
Lakukan semua yang kat atas tu, tapi tanpa pertolongan dan lebih baik
Tolong letak pakaian yang dah berlipat kat almari yang betul
Pergi toilet sendiri
Asingkan barang mainan mengikut jenis atau warna
Pakai baju sendiri
Letakkan barang-barang di tempat yang betul
Mula guna perkakas dengan betul



4 tahun: 
Tolong siapkan meja before makan, letak pinggan-pinggan dan cawan-cawan atas meja
Kemas meja makan selepas makan dengan meletak pinggan, cawan dan sudu kotor ke dalam sink
Tolong basuh basic items dalam sink, dengan bantuan kerusi kecil untuk mereka pijak
Boleh mengemas diri sendiri, manage themselves better
Tuang air ke dalam cawan sendiri
Sediakan sandwich simple
Mula belajar kemas katil sendiri

5 tahun: 
Boleh buat semua benda di atas ni sendiri
Mengemas katil dengan menarik cadar dengan tegang dan lipat selimut di tempatnya
Sediakan sandwich yang lebih complex, sapu mentega, letak sayuran
Kemas meja selepas makan dengan lebih detail, lap lapik meja sebelum simpan di laci yang betul


6-8 tahun: 
Mula tolong di dapur, potong sayur ke tolong kacau makanan atas dapur (Tapi kena supervise dulu)
Mula tolong lap-lap perabot, tingkap di rumah
Sapu dan vacuum rumah
Jaga adik, tuka pampers adik!

No comments:

Post a Comment